Saturday, December 5, 2009

Amal Care

From amal care


Baru-baru ini(Khamis), Jabatan Amal Tawau telah turun padang bergotong-royong membaik pulih PASTI Nurul Falah, Kg. Titingan. Ia merupakan penerus kepada program-program kebajikan yang dilakasanan jabatan ini sepanjang tahun. Amal Care pada kali ini disertai seramai 20 orang terdiri daripada ahli Jabatn Amal Kawasan Tawau.

From amal care


From amal care


From amal care


From amal care


Sepanjang akitivi ini, kawasan siling dan dinding PASTI yang telah reput digantikan dengan papan yang baru. Selain itu, kawasan sekitar PASTI turut dibersihkan dan bahagian pintu pagar dicat dengan warna yang baru.

From amal care


From amal care


From amal care


From amal care


Program ini mendapat sambutan yang baik daripada Mudir dan juga guru-guru PASTI dengan turut bersama-sama sepanjang akitiviti gotong-royong dijalankan. Mudir PASTI Nurul Falah, Sdr. Adry Sabri ketika ditemui melahirkan ucapan penghargaan kepada semua ahli Jabatan Amal yang turun mengindahkan PASTI dibawa kelolaan beliau. Beliau berharap, pelajar-pelajr PASTI akan dapat belajr dengan lebih selesa dalam keadaan kondusif sebaik sesi baru bermula tahun depan.

From amal care


From amal care


Pengarah Program, Sdr. Zulkifli turut berbesar hati melihat kesungguhan para ahli jabatan amal bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan. Keseronokan bekerjasam a dengan diiringi gurauan sahbat-sahabat meyebabkan keletihan bergotong-royong tidak dirasai. Program berakhir kira-kira pukul 2.30 petang selepas menjamuh juadah tengah hari yang disediakan ajk pelaksana.

Pengerusi Jabatan Amal Tawau yang turut hadir ketika ditemui mengharapkan program-program kebajikan semisalnya dapat diteruskan dan digiatkan lagi di daerah Tawau ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli-ahli yang pulang bercuti kerana sanggup menginfakkan cuti belajar berbanding dengan mahasiswa lain yang mungkin sedang bercuti bersama keluarga tercinta.



Tinggalkan komen untuk entri ini

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO