|
From |
Jabatan Amal Tawau sebelum ini lebih dikenali dengan Unit Amal dengan jolokannya yang tersohor, 'Tentera Merah' meluangkan masa seharian bersama ahli berehlah di pedalaman Tawau. Negeri Sabah yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya tidak sunyi dengan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kawasan baru yang diterokai Jabatan Amal Tawau beru-baru ini adalah Air Terjun, Estet Sg. Indit, Brumas. Lawatan ini merupakan yang kedua kalinya selepas mengadakan program kebajikan bersama Pemuda Tawau dengan memberikan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada penduduk-penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan tersebut.
Kawasan Estet ini dibawah seliaan Soffwood Industries di kawal dengan baik petugas-petugas keselamtan. Menariknya, walaupun dalam kawasan pedalaman semua penduduk yang menunggang motosikal memakai topi keledar. Setelah diselidik, ia merupakan peraturan yang mesti dipatuhi semua penduduk, jika tidak gaji bulanan akan dipotong RM50. Sekilas pandang, peraturan tersebut agak baik. Namun, ia merupakan satu lagi tindakan pihak syarikat yang membebankan penduduk dengan denda yang dikenakan. Pihak berkuasa wewenangnya mengenakan peraturan rimba yang melanggar hak domokrasi. Apa pun, semoga rakyat sedar akan hak mereka yang perlu diperjuangkan.
Kali kedua ke Brumas, kehadiran konvoi kami sebanyak 4 buah kereta pacuan empat roda tidak dilihat asing penduduk sekitar. Mungkin berkat turun padang sebelum ini. Lagipun ramai kalangan anak muda kawasan ini adalah anak didik ahli Jabatan Amal Tawau di sekolah masing-masing. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam dari bandar Tawau akhirnya tiba di tapak air terjun sekitar pukul 1 petang. Selepas menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, acara yang ditunggu-tunggu semua ahli yakni bermandi manda di kawasan air terjun. Perlawanan bola baling sungai pun berlangsung.
Usai bermandian, selepas solat asar, perlawan persahabatan bola sepak dengan anak-anak muda estet diadakan hasil pelawaan kami sebagai antara tentatif rehlah kali ini. Perlawanan ini membolehkan silaturrahim terjalini erat. Perlawanan agak sengit namun akhirnya kemenangan di pihak anak muda estet. Jumlah jaringan biarlah rahsiah :). Konvoi kami bergerak pulang kira-kira pukul 5.30 petang selepas beramah mesra dengan penduduk sekitar dan melawat kawasan sekeliling estet.
Kerjasama yang padu semua ahli Jabatan Amal Tawau melancarkan lagi gerak kerja program yang telah dirancang. Semua pun tidak sabar untuk menanti aktiviti-aktiviti seterusnya. Salam muwajahah silmiah.
2 komentar:
hui..ndak pernah tgk pun tempat ni
hui..ndak pernah tgk pun tempat ni
Post a Comment