Thursday, March 24, 2011

Liga Futsal Unit Amal 2011


Kota kinabalu- 20 Mac 2011. Baru-baru ini sempat singgah sebentar untuk melihat program "Liga Futsal" yang telah dianjurkan oleh Unit amal Kawasan Sepanggar dengan tema "Bersukan satu Ibadah". Sebanyak 7 Pasukan daripada sekitar kawasan sepanggar telah mengikuti acara futsal berkenaan. Turut tidak ketinggalan juga pasukan penganjur "Unit Amal Dream Team" yang baru sahaja ditubuhkan yang mana objektif penubuhan pasukan ini telah sedikit sebanyak membantu dalam mendekati masyarakat khususnya golongan belia dan remaja.

Pasukan Unit Amal Dream Team

Program ini sebenarnya rentetan daripada perlawanan persahabatan di antara Unit Amal Dream Team dan kampung-kampung di sekitar kawasan Sepanggar. Program tersebut bukan sahaja di isi dengan aktiviti Futsal malah telah di isi dengan program tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Zulfikar sesuai dengan tema program berkenaan. Program tersebut berakhir dengan Pasukan DullBlas dari Kg.Kibagu telah menjadi johan dan meraih piala dan juga wang tunai berjumlah RM400.

Pasukan yang telah menjuarai

Walaupun kalah namun penganjur tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong

Terima kasih kepada pengadil kerana turut menjayakan program berkenaan.

p/s Untuk maklumat lanjut atau gambar sepanjang program boleh terus klik linkdi bawah
ataupun facebook

Baca lanjut tentang “Liga Futsal Unit Amal 2011” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO