Sunday, December 20, 2009

FALSAFAH BATU BATA

Sekadar satu perkongsian yang saya ambil dari sebuah buku yang baru sahaja dikhatamkan bertajuk “QUANTUM TARBIYAH : MENCETAK KADER SERBA BISA!”. Buku tersebut turut memuatkan satu falsafah yang sangat menarik berkaitan dengan pengkaderan ahli baru dalam sesuatu organisasi. Mari kita hayati…

“Batu bata yang baik adalah batu bata yang kuat dan sedia menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah. Ia sedia dipasang di mana sahaja bergantung kepada sang arkitek dan pemborong hendak meletakkan batu bata tersebut.”


Proses tarbiah untuk melahirkan kader yang hebat dan cekal boleh diumpamakan dengan proses menghasilkan batu bata yang berkualiti tinggi.

Pemilihan bahan

Tanah yang ‘layak’ untuk dijadikan batu bata bukanlah tanah yang biasa. Ia mesti dipilih dengan baik supaya batu bata yang akan dihasilkan adalah batu bata yang kuat dan tidak terlalu fragile. Rasulullah memilih Abu Bakar dari kalangan saudagar yang terkenal. Memilih Ali dari kalangan pemuda. Memilih Khadijah dari kalangan wanita. Memilih Zaid dari kalangan hamba. Ketepatan memilih memberikan impak yang besar dalam synergy dan keefektifan gerak kerja yang dijalankan.

Antara jenis tanah yang ada ialah:

1. Yang boleh menyerap air dan menahannnya

2. Yang boleh menyerap sebahagian air

3. Yang tidak boleh menyerap air sama sekali

Begitulah manusia..


Melakukan Klasifikasi

Tanah liat adalah jenis yang paling sesuai kerana tanah jenis ini mempunyai ciri-ciri penting seperti liat dan kuat namun ia juga merupakan tanah yang lembut dan mudah dibentuk. Dr Sayyid Muhammad Nuh dalam Dakwah Fardiyah mengatakan terdapat beberapa golongan yang perlu didahulukan dalam memilih kader-kader yang:

1. Muda kerana pemikirannya belum dicorak oleh apa-apa fikrah

2. Tawadhu’ kerana mereka lebih mudah untuk menerima kebenaran

3. Berwawasan kerana mereka lebih mudah memilih fikrah yang bersi

4. Dan lain-lain


Memproses dengan cermat

tanah liat akan dimasukkan ke dalam bekas untuk dicampurkan dengan air dan dipijak-pijak untuk menghilangkan kerikil-kerikil dan memastikan tanah tersebut akan lebih lembut tapi mempunyai ikatan dalaman yang sangat kuat. Untuk proses seterusnya, banyak batu-bata yang sudah sampai ke tahap ini telah pecah. Oleh itu, ia akan dibawa semula ke peringkat yang pertama supaya ia menjadi lebih matang.

Proses pembersihan merupakan proses yang amat penting bagi memastikan kader tersebut telah bersedia untuk berubah dan membuang segala fikrah yang tidak baik dan salah. Dalam proses tarbiah juga, kader-kader tidak seharusnya di’manja’kan sehingga mereka tidak cukup kuat untuk terus menggerakkan organisasi yang menjaminkan kesusahan dan cabaran yang tidak kecil.


Membakar dengan suhu tertentu

Tanah liat yang telah dicampurkan dengan air tadi tidak akan menjadi batu bata selagi tidak dibakar pada suatu suhu yang tertentu. Sebelum dibakar, tanah yang telah dibentuk tadi perlu dijemur di bawah panas terik matahari terlebih dahulu (warming up) supaya ia tidak mudah pecah disebabkan oleh perubahan suhu yang mendadak di samping untuk memastikan kerataan kelembapan dan suhu tanah liat tersebut. Selepas proses pembakaran, tidak dinafikan bahawa banyak batu bata yang tidak Berjaya dihasilkan akibat pecah, pembakaran tidak matang dan menjadi hitam.

Dalam proses pengkaderan, tidak semua pelapis yang dikaderkan akan berjaya melepasi segala mehnah dan tribulasi yang tersedia. Mereka akan melalui satu proses yang panjang dan berterusan. Perjalanan ini akan membina mereka menjadi orang yang baru (built a new you!), yang lebih jelas dengan matlamat hidup, peribadi dan kecenderungan mereka


Penempatan yang sesuai

Batu bata yang telah siap akan diedarkan ke tempat-tempat yang sepatutnya untuk membina rumah, gedung atau apa sahaja binaan. Mereka adalah anak panah-anak panah yang sedia untuk dihunuskan ke mana sahaja tanpa bantahan. Namun, tidak semua batu bata tersebut akan digunakan untuk memikul tugas berat itu disebabkan oleh ada antara batu bata yang tidak dapat bertahan dan pecah semasa proses pemunggahan lantaran ditindih, dibaling dan sebagainya.

Batu bata yang rosak ini tadi tidak semestinya akan terus dibuang kerana mereka masih mampu untuk melaksanakan beberapa tanggungjawab yang lebih kecil seperti tempat menanam pokok menjalar dan sebagai medium untuk mengawet telur masin.


Tidak memperlihatkan batu bata

Semua batu bata yang sudah tersusun rapi dan membentuk bangunan rela untuk ditutup oleh simen sehingga peranan besar yang mereka mainkan tidak nampak oleh pandangan kasar manusia yang berakal pendek. Sang jurutera memainkan peranan memastikan semua batu bata tersebut disaluti dengan simen supaya ia tidak tercemar oleh kulat, lumut dan dimamah usia. Perjuangan “mereka” adalah lebih perform sekiranya ia tidak diketahui.

Tinggalkan komen untuk entri ini

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO