Monday, November 30, 2009

Sambutan Ibadah Korban PAS Tawau Meriah

Bertempat di Madrasah Darul Hidayah, Sg. Imam berlangsung Majlis Ibadah Korban anjuran PAS Kawasan Tawau. Majlis Ibadah korban yang diadakan pada raya ke-2 pada tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar Sg. Imam dan penduduk kampung yang lain. Sambutan ibadah korban kali ini dihadiri hampir keseluruhan saf kepimmpinan PAS Tawau dengan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Haji Muhammad Abdullah juga bertindak sebagai penyembelih lembu korban.

Unit amal yang diamanahkan sebagai petugas bahagian lembu korban turun melancarkan lagi mejlis pada hari tersebut. Selain itu, penduduk kampung juga secara suka rela turut membantu unit amal yang bertugas mengorban sebanyak 11 ekor lembu. Dalam sambutn ibadah korban kali ini, unit amal mengorbankan seekor lembu yang diketuai oleh Pegerusi Unit Amal Kawasan Tawau sendiri iaitu Sdr. Borhan Nuddin Sirajudin
.

Seramai 130 orang penduduk sekitar telah mendapat sumbangan daging korban melalui kupon-kupon yang diedarkan ajk PAS Kawasan. Majlis selasai kira-kira pukul 1.00 petang. Petugas dan hadirin juga turut dihidangkan dengan jamuan tengahari berupa sup tulang yang dimasak olah Muslimat PAS Tawau dan Nisa' Kawasan Tawau. Berikut sedikit gambaran majlis Ibadah Korban yang berjaya dianjurkan oleh PAS Kawasan Tawau bagi tahun ini.

Berikut antara kemeriahan Sambutan Ibadah Korban yang sempat dirakamkan :

From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban


From Sambutan Ibadah Korban




1 komentar:

MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH said...

kg sungai imam??
kampung saya tu..tapi tidak ada disitu buat masa ini..

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO