Tanamkan Sifat Berkorban
From new pic |
Pada tahun ini, sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. Walaupun kemeriahannya tidaklah sehebat sambutan Hari Raya Aidilfitri, semua masyarakat tetap menggunakan peluang ini untuk melakukan persiapan bagi menyambut
kedatangannya.
Sebenarnya, Islam menuntut kita berkorban sepanjang masa. Itulah sebabnya sifat berkorban perlu ditanamkan dalam kalangan individu muslim. Pengorbanan yang dibuat olah Nabi Ibrahim as adalah tanda cintanya kepada Allah swt. Kesanggupannya
mengorbankan Nabi Ismail as kerana taat kepada perintah-Nya. Bukannya tidak sayangkan anak tetapi ketaatan kepada Allah swt lebih daripada segala-galanya.
Hal inilah yang kita perlu ambil pengajaran. Manusia perlu berkorban untuk mentaati segala perintah Allah swt walaupun bertentangan dengan hawa nafsu. Semoga, ibadah korban yang kita sambut pada kali ini benar-benar dapat dihayati agar berani berkorban untuk Islam. Akhirnya, kita mampu melihat semula tertegaknya syariat Islam dengan pengorbanan yang kita laksanakan. Hulurkan bantuan kepada mereka yang mendokong perjuangan Islam. Antara bentuk bantuan yang kita boleh sumbangkan termasuklah bersama dengan
jemaah yang mendaulatkan Islam, sumbangan harta, masa mahupun tenaga.
Tinggalkan komen untuk entri ini
Post a Comment