Monday, November 8, 2010

PENGANJURAN KONVOKESYEN PASTI KAWASAN TAWAU TERBAIK DI MALAYSIA - SU Pasti Malaysia


Wajah-wajah petugas briged AMAL yang membantu
menjayakan konvo PASTI Tawau


TAWAU, 7 November 2010 - PASTI Kawasan TAWAU telah berjaya menganjurkan KONVOKESYEN PASTI KALI KE-24 dengan jayanya. Seramai 993 pelajar telag berjaya bergelar graduan PASTI. Konvokesyen yang diadakan berjalan sebanyak 3 sidang. Sidang pertama dirasmikan oleh Cikgu Azrin, Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia, Sidang kedua dirasmikan oleh Cikgu Rusli, Setiausaha Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia dan sidang ketiga dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Abdullah, Pesuruhjaya PAS Sabah. Dalam Ucapan Setiausaha PASTI Malaysia, cg Rusli menyatakan kekaguman majlis yang penuh gilang-gemilang ini dan akan menjadi "batchmark" kepada penganjuran Konvokesyen di peringkat pusat. Sesuai dengan anugerah yang pernah diterima PASTI Kawasan Tawau pada tahun lepas iaitub Anugerah Pengurusan PASTI Kawasan Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia di Kelantan.


Terima kasih kepada semua ahli unit amal dan briged amal yang telah bertugas dengan penuh dedikasi sepanjang majlis ini berlangsung. Tahniah semua..

Pelajar terbaik PASTI Seluruh Tawau, adik Afnan membuat ucapan yang menyentuh hati hadirin bersama ayahanda tercinta

Senyuman ceria petugas yang setia

Pesuruhjaya PAS Sabah sedang menyampaikan sijil pada sidang ketiga disaksikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau

Ahli briged amal sentiasa mengawasi keadaan pelajar yang berada diluar dewan

Pelajar yang telah selesai "bergraduan" di iring oleh petugas briged
Anggota Unit Amal yang bertugas menjaga pelajar diluar dewan

Kelihatan pelajar PASTI yang tidak sabar untuk naik ke pentas


Cikgu Rusli, Setiausaha PASTI Malaysia sebagai Perasmi Sidang Kedua


Petugas briged Amal segak berbaju batik menjadi bentara dewan


Ahli briged amal yang begitu komitmen


Keadaan dewan yang seakan konvokesyen sebenar


Hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan

.
Dewan sentiasa penuh setiap kali sesi. Gambar di atas adalah sidang 3

2 komentar:

Lagenda said...

salam.
di perpustakaan bah ni kan

Adry said...

Iya..

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO