Wednesday, November 10, 2010

MUKTAMAR PERPIS SMK KUHARA BERJALAN LANCAR


Assalamualaikum WBT. Pada 6 Nov 2010 (Sabtu) telah diadakan Muktamar Sanawi PERPIS (Persatuan Pelajar Islam) SMK Kuhara Tawau. Seramai 50 orang ahli yang aktif telah menghadiri muktamar ini dengan suasana yang tenang dan kondusif. Muktamar ini diadakan sempena pelantikan jawatankuasa baru untuk sesi 2010/2011. PERPIS SMK Kuhara merupakan sebuah persatuan yang sangat aktif disekolah ini memandangkan usia persatuan yang telah mencecah 11 tahun ditambah dengan komitmen ahli-ahli untuk menggerakkannya. Malah Penasihat PERPIS yang begitu komitmen membantu menjayakan setiap program turut merupakan Pengarah Jabatan Amal Kawasan Tawau. Ahli-ahli PERPIS juga rata-rata adalah ahli Briged AMAL Kawasan Tawau. Sebab itulah persatuan ini sentiasa subur dengan kepimpinan yang berwibawa membawa panji dakwah di sekolah ini. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan semoga kepimpinan baru yang dilantik akan bertambah cemerlang. Pada tahun ini Sdr Fadli Ali telah di amanahkan sebagai Pengerusi yang baru dan Sdri Mahardianah Palamai di amanahkan sebagai Pengerusi HEPI yang baru untuk sesi 2010/2011. Semoga PERPIS terus menjadi pencetus wadah kesatuan Pelajar Islam.


Pentas muktamar yang indah
Muktamar yang menjanjikan perubahan
Pimpinan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ahli
Ucapan perasmian oleh Ustzah Mashitoh menyuntik semangat ahli
Ucapan Penasihat Penasihat PERPIS pembakar semangat ahli untuk terus berjuang
Ucapan dasar Pengerusi PERPIS Sesi 09/10, sdr Khairul
Penyampaian cenderamata mewakili seluruh pimpinan 09/10
Barisan guru penasihat yang sentiasa "perform"
Kelihatan guru penasihat sedang membaca buku muktamar
Gambar kenangan Pimpinan HEPI PERPIS sesi 09/10
Gambar kenangan ahli-ahli muslimin yang hadir
Suasana muktamar yang kondusif

1 komentar:

Adry said...

Diharap PERPIS Kuhara akan sentiasa cemerlang!!!

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO