Jabatan Amal Tawau di Perantauan : Terus Beramal
Anggota-anggota Jabatan Amal yang melanjutkan pelajaran di semenanjung tidak melepaskan kesempatan berbakti kepada masyarakat dalam bencana banjir terburuk melanda kawasan sekitar negari Kedah baru-baru ini. Ahli-ahli Jabatan Amal, yang diketuai Sdr. Suhazman mewakili kampus UUM turut serta dalam setiap operasi Ops Banjir yang dijalankan. Ini merupakan kali ketiga ahli-ahli Jabatan Amal turun ke tengah masyarakat merasai jerit perih yang dirasai mangsa-mangsa banjir.
Bertepatan dengan tema utama jabatan ini iaitu Beramal Kerana Allah, semua petugas sukarelawan turun padang berkhidmat membantu masyarakat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Hanya keredaanNya jua yang diharapkan.
Berada di kampus, tugas-tugas sebagai pengkader generasi dakwah tetap diteruskan. Justeru, ahli-ahli Jabatan Amal tidak berjuang keseorangan di kampus kerana berjaya mencorak minda generasi muda intelek agar dapat menanam sifat-sifat pemuda yang sedia berkhidmat berkorban tenaga, harta dan masa. Bahkan Jasad dan Nyawa sekalipun demi agamaNya.
Setiap gerak kerja yang memerlukan tenaga dan pengorbanan besar mahasiswa, ahli-ahli Jabatan Amal Tawau sebagai perancang utama tidak sunyi dengan bantuan dan sokongan daripada sahabat-sahabat yang sedia berkhidmat dan beramal. Tiada lain yang diharapkan semoga terus istiqamah di jalan yang benar. Berikut antara coretan manis gerak kerja Jabatan Amal Tawau di perantauan...
Bertemu lagi pada Ops Banjir yang seterusnya....
"Beramal Kerana Allah"
Tinggalkan komen untuk entri ini
Post a Comment