Thursday, November 4, 2010

Bacaan Doa Selamat "MALAYA CAFE" Taman SEMARAK

ASSSALAMUALAIKUM WBT. Berita Baik untuk warga Tawau .

Malaya Cafe akan dibuka kepada warga Tawau yang beroperasi di Taman Semarak berhadapan dengan Warung Jawa. Pemilik kepada restoran ini adalah Cg kadar yang merupakan aktivis Jamaah dan merupakan Naib YDP PAS Kawasan Tawau. Semoga restoran ini berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada masyarakat Tawau.

Ahli-ahli Unit Amal Kawasan Tawau , Pemuda, & AJK Kawasan telah hadir untuk majlis doa selamat sempena pembukaan restoran ini. Malah lot kedai atas restoran ini juga telah disewa dan bakal menjadi Pejabat PAS Kawasan KALABAKAN yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.Selamat maju jaya daripada kami warga Unit AMAL Tawau kepada Cg kadar..

P/S Kepada ahli-ahli jamaah, sudi-sudilah bertandang ke restoran ini...


Cg Kadarisman, pemilik restoran yg merupakan YDP PAS Kawasan Kalabakan
Kehadiran Ketua Pemuda PAS Tawau, Ust Nazrey bersama anak perempuannya
Ust Abdullah , Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Tawau memimpin majlis doa selamat
Turut hadir ahli-ahli Briged Amal Kawasan Tawau
Selesai bacaan Yasin untuk memohon perlindungan
Pimpinan Pemuda & Kawasan bertukar fikiran mengenai gerak kerja jamaah
Perbincangan isu semasa mengenai PRK Galas & Batu Sapi
Senyuman ahli-Ahli Briged AMAL Tawau , penyambung perjuangan

Baca lanjut tentang “Bacaan Doa Selamat "MALAYA CAFE" Taman SEMARAK” »»

Monday, November 1, 2010

UNIT AMAL TAWAU MENGGEMPUR KUBU BN di KG GAS, BATU SAPI

Petugas Unit Amal menerangkan kpd penduduk tentang kepentingan mengundi pakatan
Semua rumah di gempur oleh jentera unit amal tawau
Hanya bendera di bekalkan walhal penduduk mahukan jambatan baru
Lihatlah bukti kedaifan penduduk kg yang tidak terbela
Masjid yang di kunci mempunyai motif tertentu
Maklumat di sampaikan dari rumah ke rumah
Taklimat ringkas sebelum menggempur
Adakah tempat sebegini layak dihuni oleh manusia? Fikir-fikirkan...

Baca lanjut tentang “UNIT AMAL TAWAU MENGGEMPUR KUBU BN di KG GAS, BATU SAPI” »»

Saturday, October 30, 2010

HEMPAS membuka mata RAKYAT

HEMPAS berjaya tarik ribuan rakyat Sabah
Last Updated on Monday, 25 October 2010 09:20
Written by admin
Monday, 25 October 2010 02:32

Kekejaman dan ketidakadilan dalam urus tadbir tanah di Sabah menjadi satu bukti kukuh mengapa UMNO dan Barisan Nasional mesti ditumbangkan di Sabah. UMNO/BN yang menjanjikan “Sabah Baru” dan membawa perubahan dalam tempoh 100 hari melalui manifesto yang mereka canangkan pada pilihanraya lalu berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak pernah dibayangkan oleh rakyat di negeri ini. Rumah penduduk pribumi dibakar, kampung halaman dimusnahkan dan tanah yang telah diusahakan puluhan tahun dirampas.

Inilah menjadi sebab utama Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) berjaya menarik ribuan rakyat Sabah hadir di Dewan Hakka Sandakan kelmarin.
Program yang dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Sabah ini telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Mengikut Islam, kerajaan adalah pemegang amanah bukan pemilik tanah kerana dalam Islam yang memiliki tanah hanya Allah SWT .” Katanya dalam ucapan perasmian.

Menurutnya,“Dalam Islam, barangsiapa yang meneroka , membuka tanah, samada mendirikan rumah kediaman, kedai atau bercucuk tanam, maka wajib kerajaan memberi milik kepada mereka kecuali kalau ada kepentingan umum seperti nak buat jalan raya atau membina hospital sebagainya maka bolehlah ianya diambil dan digantikan dengan yang tanah lain atau nilai yang setimpal.”

Katanya lagi,“PAS akan melaksana hukum ini dan meminta parti parti lain dalam pakatan rakyat mengikut hukum ini jikalau dapat memerintah negara kelak”

AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata, “Kita berhimpun pada hari ini untuk menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran kepada rakyat Sabah agar bangun berjuang untuk menuntut hak dan membuktikan komitmen PAS dan Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat Sabah dalam menuntut hak dan keadilan buat semua yang telah teraniaya.”

Katanya,“Jikalau majoriti rakyat Sabah berani untuk berjuang, kerajaan yang zalim ini akan dapat kita tumbangkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.”

Tambahnya lagi,“Datuk Seri Musa Aman , Ketua Menteri Sabah yang menjangkakan himpunan ini tidak akan berjaya dan kononnya hanya akan dihadiri sekitar 200 orang. Rakyat Sabah buktikan sebaliknya dengan kehadiran memeranjatkan dari seluruh Sabah sebagai tanda sokongan dan perjuangan mereka menentang kerajaan yang zalim.”

Dari Sandakan hingga ke Nabawan, dari Tawau hingga ke Pensiangan. Penduduk pribumi diperlakukan seperti makhluk yang tiada nilai dan status kemanusiaan. Di Sandakan, Kg BDC yang diasaskan oleh Pertubuhan Islam (USIA) yang dahulunya dipenuhi hutan paya bakau akhirnya berkembang menjadi sebuah penempatan penduduk pribumi dengan keluasan melebihi 100 ekar dengan jumlah penduduk dianggarkan tidak kurang 20,000 orang telah dimusnahkan sekelip mata oleh kerajaan UMNO/BN pada tahun 2002.

Tanah yang telah diusahakan berpuluh tahun sejak tahun 80an di Ulu Landau dan Cenderamata Merotai Tawau dirampas pada awal tahun ini.

Turut dimusnahkan ialah Kg Lupak Meluas, Kg Sundang, Kg Gas, Kg Koyah di Kinabatangan, perkampungan penduduk pribumi di Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Ranau, Kg Labuan dan Kg Wakap di Kota Belud, Kg Bakau dan Kg Telipok di Kota Kinabalu. Ini merupakan sebahagian kes yang pernah berlaku di Sabah.

Sehubungan dengan itu, perhimpunan ini yang telah mencatatkan sejarah yang gemilang dan berjaya membuka mata rakyat Sabah diharap dapat menjadi senjata ampuh dalam menghadapi pilihanraya kecil Batu Sapi pada 4 November nanti dan pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Baca lanjut tentang “HEMPAS membuka mata RAKYAT” »»

Saturday, September 4, 2010

Ops Risalah & Nasihat di ambang merdeka Tawau

SELASA- Malam 30 Ogos 2010 tepat jam 9.35 malam, ahli unit amal Tawau turun bersama bagi menyampaikan dakwah pada malam merdeka.

Risalah Shoutul Syabab dan Warta Tawau Buah Tangan buat pemuda pemudi pada malam merdeka

Antara AJK Pemuda yang hadir


Bersama bertemu Pemuda Pemudi
Lokasi Operasi : Highway (Bandar Tawau)


Pengerusi Unit Amal Tawau.. bersama aktivis yang hadir.

Selepas sejam operasi di Highway kami bergerak ke Taman Muhibbah Tawau (Taman Baru)
meninjau keadaan tempat tersebut.

Taman Awam Muhibbah (Taman Baru) lokasi kedua kami meninjau keadaan tempat tersebut

Setengah jam meronda kawasan namun tiada apa-apa dijumpa mana-mana pasangan yang mencurigakan.Operasi Ops Maksiat di Taman Awam Muhibbah (Taman Baru) selesai tepat jam 12 malam.

Moga usaha dakwah pada hari kemerdekaan pada kali ini dapat memberi kesedaran kepada anak-anak muda khususnya pemuda yang punya pasangan masing-masing, seterusnya dapat mengurangkan gejala-gajala sosial dimana statistik anak luar nikah melayu yang didaftarkan seluruh negara sehingga tahun 2009 seramai 17,303. Dalam tempoh tahun lalu JPN mencatatkan 74, 723 anak luar nikah orang melayu/islam, ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan cara penyebaran risalah lah kita dapat menyampaikan nasihat atau dakwah kita kepada pemuda-pemudi sepertimana yang pernah diriwayatkan oleh Imam Hassan Al Banna, Bila mana kita tidak mampu nak sampaikan dakwah dalam cara lisan, gunakan penulisan, kalau tidak mampu menulis pun, cetak tulisan dengan cetakan terbaik buat edaran kepada sasaran yang sedang penasaran dengan kemelut maksiat dunia pada akhir zaman ini.

Unit Amal Tawau menyeru kepada semua para yang terlibat dalam membanteras gejala maksiat agar teruskan tanggungjawab anda, mainkan peranan anda sebagai penguatkuasa. Jika ingin lihat anak muda kita sehat dari gejala maksiat, janganlah leka, bangunlah dari tidur serta fikir-fikirlah apa sudah jadi kepada anak muda sekarang...khususnya buat wanita yang sudah jatuh maruah kesuciannya..

Baca lanjut tentang “Ops Risalah & Nasihat di ambang merdeka Tawau” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO