Showing posts with label Hal Ehwal. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Peringatan Buat Semua

As Salam...

Bila ajal maut kita tiada siapa yang tahu... sekadar memberi peringatan buat semua ahli unit amal dan briged amal supaya lebih berhati hati ketika memandu atau menunggang motor di jalan raya... kalau boleh, jangan la kita sumbang lagi angka statistik kemalangan yang sememangnya dah tinggi tu kan...

Di sini aku ingin memaklumkan kepada rakan rakan semua apa yang telah terjadi kepada saudara hidayat yang terlibat dalam kemalangan motor bulan lepas... sememangnya ianya bukan lagi berita terkini tapi cukup sekadar peringatan kepada kita semua dan tersisip baik dalam rangkaian entri blog ini untuk ingatan di masa hadapan.

Boleh baca di blog saudara hidayat.





Apa pun... aku mewakili pihak jawatankuasa Jabatan Amal Tawau mendoakan kepada semua supaya selamat pergi dan pulang tak kira walau di mana anda berada.... Kalau balik jangan lupa lapor diri... pesan pengerusi jabatan amal.

Wallahualam





Baca lanjut tentang “Peringatan Buat Semua” »»

Thursday, October 8, 2009

Majlis Pernikahan Saudara Adib



Maaf atas kelewatan update berkenaan majlis ini... ianya diadakan pada 24hb September 2009 (Khamis) 5 Syawal di Masjid Al Kauthar.

Saudara Adib selamat dinikahkan pada pukul 11am dengan pasangannya Siti Aminah Soga.





Semoga berbahagia selalu hendaknya hingga ke anak cucu.

Lihat video sekitar majlis pernikahannya yang didahului dengan ucapan dari pengerusi Unit Amal Tawau , Saudara Borhan Nurdin.





P/s: Mohon bantuan dari sahabat sahabat Unit Amal Tawau yang lain untuk update blog ini sekerap mungkin.

Baca lanjut tentang “Majlis Pernikahan Saudara Adib” »»

Wednesday, August 12, 2009

Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar

Takziah... itu sahaja yang mampu diucapkan kepada saudara Airil Syah apabila rumah beliau terlibat dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Kg Vietnam Tg Batu Tawau pagi ini.


Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di rumah saudara Airil


Rumah saudara Airl yang hangus terbakar

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30am yang melibatkan 30 buah rumah. Ini bukan kali pertama berlaku di Kg ni... Diharap saudara Airil dan keluarga dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bersabar... Sesungguhnya Allah berserta dengan orang orang yang bersabar.





Baca lanjut tentang “Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO