Monday, March 29, 2010

Minyak Sabah Untuk Siapa?




Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya , NGO, anak sabah, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama. Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang bermula jam 8 Malam.



Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah.

Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.

-http://www.sabahkini.net/v1/index.php?limitstart=21




Baca lanjut tentang “Minyak Sabah Untuk Siapa?” »»

Saturday, March 20, 2010

Jambori Amal Pantai Barat Kampung Indarason Laut, Kudat.








Assalamualakikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dalam blog ini, pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana keterlambatan dalam meng up to date kan blog ini diatas kekangan masa yang dihadapi sepanjang minggu ini. Posting kali ini ingin saya bawakan kepada pengunjung semua berkenaan dengan lawatan saya dan sahabat pemuda yang lain ke daerah Kudat di atas nama Jabatan Amal Negeri Sabah cawangan Kota Kinabalu. Yang mana kami seramai 130 orang anak muda tempatan di sekitar kawasan area pantai barat, keningau, kudat, kota marudu, kota belut, serta kota kinabalu telah mengadakan Jambori Amal peringkat pantai barat di sebuah kampung yang diberi nma Kg Indarason Laut.

                                    












Sesuai dengan objektif Jabatan Amal iaitu ‘Misi Penyelamat Dan Kasih Sayang’, kami turun bukan sahaja untuk mengadakan program berbentuk rohani tetapi juga telah mengadakan lawatan kebajikan kepada seluruh penduduk kampung berkenaan. Program yang kami adakan selama 3 hari 2 malam tersebut telah diatur dengan pelbagai aktiviti menarik untuk peserta jambori antaranya permainan merentasi halangan, pertandingan membuat khemah, pertandingan membuat gadget, pertandingan membuat pintu gerbang dan sebagainya. Bukan itu sahaja kami juga telah mengatur beberapa acara untuk penduduk kampung seperti pertandingan bola sepak, tarik tali, dan malam kesenian Islam. Tidak lupa juga program anak angkat dan pemberian keperluan asas seperti beras kepada penduduk-penduduk yang miskin dan kurang berkemampuan.








 Bersiap sedia menyediakan tapak merentas halangan




Aktiviti Merentas Halangan



 



 

Peserta bertungkus lumus memasang khemah & gadget



 

Taklimat kem Ibadah kepada penduduk kampung



 

Pertandingan Tarik Tali Dengan Penduduk Kampung



 

Membersihkan perkarangan kuburan




 

Adik-adik kampung Indarason laut




Jabatan Amal jugak turut membantu dalam membaiki segala kemudahan yang ada di kg berkenaan seperti membersihkan dan membaiki masjid di kg berkenaan. Bukan itu sahaja, unit amal jugak turut memberikan kemudahan berbentuk pemeriksaan kesihatan dan aktiviti memasak kepada penduduk kampung berkenaan. Jabatan Amal jugak telah mendekati golongan remaja dengan membuat seminar tentang pengenalan Jabatan Amal dan bukan itu sahaja. Jabatan Amal cawangan pantai barat turut menubuhkan ‘Bridget Amal’ yang mana objektif penubuhan ini adalah untuk melahirkan pelapis-pelapis sebelum menjadi ahli Jabatan Amal. Mereka ini terdiri daripada kalangan remaja yang berumur di antara 13-17 tahun yang sebilangan besar adalah di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.







 

Sebahagian pimpinan Jabatan Amal Negeri

 


Perbarisan Jabatan Amal



 
Taklimat tentang Jabatan Amal oleh En. Saifuddin

Perasmian Bridget Amal






Rakan-rakan jambori




Baca lanjut tentang “Jambori Amal Pantai Barat Kampung Indarason Laut, Kudat.” »»

Friday, January 29, 2010

Lawatan Ahli Jabatan Amal Tawau ke SMIDU

From new pic


Baru-baru ini ahli Jabatan Amal tawau yang tengah melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil kesempatan melawat pelajar SMIDU tahun pertama, Mohd Syahmi Muhammad Nasir. Syahmi yang juga merupakan ahli Bridged Amal Tawau yang baru ditubuhkan pada 30 Disember lepas mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Sekolah Menengah Darul Ulum (SMIDU), Kuala Nerang, Kedah.

Syahmi yang baru berusia 13 tahun dihantar belajar meninggalkan keluarga di seberang demi mendalami ilmu agama yang insyaAllah akan dimanfaatkan di kampung halaman kelak. Ahli Unit Amal Tawau yang sempat bersama Syahmi dalam siri lawatan baru-baru ini dapat melihat kesedihan dan kerinduannya kepada keluarga tercinta. Manakan tidak, meningglakan keluarga juah dari pandangan setelah hampir 13 tahun hidup bersama. Itupun dikhabarkan, Syahmi hanya dapat melepaskan kerinduan

bersama umi dan abi tercinta seminggu sekali melalui telefon yang disediakan pihak sekolah.

SMIDU merupakan antara sekolah agama yang menjadi pilihan ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Ratusan pelajar yang mendaftar di sini terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh pelosok Malaysia tanpa mengira ideologi politik masing-masing. Pelajar Sabah sahaja, terdapat lebih kurang 10 orng yang berhijrah untuk mencari mutiara berharga di bumi kedah ini yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu agama. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, pelajar SMIDU akan meneruskan pengajian di peringkat kolej juga dikenali sebagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang juga terletak satu kawasan dengan SMIDU. Selepas itu, pelajar-pelajar ini akan berpeluang melanjutkan pelajaran di timur tengah antaranya Al-Azhar, Jordan dan sebagainya.

From new pic


Sepetang bersama Syahmi sedikit sebanyak dapat menyelami perasaan anak kecil ini meninggallkan umi dan abi tercinta di kampung. Terpancar sinaran air di kelopak mata Syahmi sebaik ingin meninggalkanya meneruskan kehidupan sebagai pelajar di SMIDU. Demi sebuah ilmu untuk kepentingan diri dan Islam, Syahmi sanggup berjauhan dengan keluarga tercinta. Kita doakan Syahmi dan pelajar lain yang tengah menuntut ilmu tabah dan mendapat kejayaan sebagaimana yang dihasratkan. Selepas beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar SMIDU, rombongan kami meninggalkan adik-adik ini.

From new pic


Sebagai remaja Islam, gunakanlah ruang dan peluang yang ada ini untuk mencari sebanyak-banyaknya ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Sewajarnya para remaja di Tawau khususnya mencontohi Syahmi dalam keinginannya yang mendalam untuk mencari secebis ilmu. Dengan ilmu di dada, tidaklah berlaku kerosakan dan perbalahan seperti berlaku sekarang. Dengan ilmu juga, kita tidak mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat sehingga sanggup memaki hamun dan mencerca orang lain. Hanya manusia yang jahil sahaja sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain. Cuma kita tidak dapat elakkan akan kewujudan golongan ini walaupun telah berlaku pelupusan pada ketika menolak tawaran menaiki bahtera Nabi Nuh. Akhirnya, Allah telah mengambil keputusan untuk 'demolished' manusia jahil ini dari muka bumi kerana menolak kebenaran.

Pesanan buat sahabat-sahabat, dalam menghadapi karenah kelompok manusia jahil ini kita sepatutnya berlapang dadah dan memaafkan. Hal ini sebagaiman hadis Rasulullah saw, daripada Anas riwayat Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa Rasulullah saw memaafkan kesalahan seorang Arab Badwi yang menyentap selendang Nabi dengan kasar sehingga meninggalkan bekas di leher. Tindakan bijak Rasulullah berhadapan dengan orang yang jahil apabila dengan mudah memaafkannya. Orang yang jahil biasanya akan berkata apa sahaja untuk melawan musuhnya. Sekiranya kita melawan, sudah tentu akan bertindak seperti orang yang jahil. Akhirnya, kita turut termasuk dalam golongan ini. Mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk.

Salam Muwajahah silmiah.




Baca lanjut tentang “Lawatan Ahli Jabatan Amal Tawau ke SMIDU” »»

Monday, January 18, 2010

Selamat Datang Briged Amal Tawau!!!

Pada 30hb Disember 2009, satu lagi sejarah telah dicipta dengan penubuhan Briged Amal Tawau yang telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Ustaz Nazrey Mokhtar.





Pelancaran ini diadakan serentak ketika majlis penutupan Jambori Amal kali ke 2.

Menurut Ustaz Nazrey, "Penubuhan Briged Amal ini sangat dialu alukan kerana inilah antara gerakan yang terbaik untuk menarik golongan muda berjinak jinak untuk mendekati gerakan Islam dan sekaligus menjauhkan diri mereka dari gejala yang tidak bermoral."

"Ini sudah terbukti dengan anggota anggota Jabatan Amal kini kerana ada diantara mereka yang dahulunya seperti remaja biasa yang lain sebelum berubah kepada seorang remaja yang baik dari segi akhlaknya dan tutur kata mereka dan kini telah menjadi seorang pejuang dalam gerakan Islam dan kita doakan lebih ramai lagi anak anak muda yang akan turut serta dan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah." katanya.





Satu jawatankuasa Briged Amal telah dilantik yang diketuai oleh saudara Mohd Faiz bin Kassim yang bertindak selaku Pengerusi Briged Amal Tawau.

Penubuhan Briged Amal Tawau bukanlah bertujuan untuk menyaingi persatuan persatuan pelajar Islam yang sedia ada di Tawau tetapi ianya bertindak sebagai nilai tambah yang insyaAllah akan menjadi medan untuk menarik lebih ramai anak muda untuk belajar mengenali gerakan Islam secara keseluruhannya.



Keahlian Briged Amal Tawau terbuka kepada remaja yang berumur 13-21 tahun.

Pelbagai aktiviti akan dirancang pada masa hadapan dan insyaAllah akan ia bertindak sebagai satu unit yang bergerak di bawah Jabatan Amal Kawasan Tawau.


Baca lanjut tentang “Selamat Datang Briged Amal Tawau!!!” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO