Friday, January 29, 2010

Lawatan Ahli Jabatan Amal Tawau ke SMIDU

From new pic


Baru-baru ini ahli Jabatan Amal tawau yang tengah melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil kesempatan melawat pelajar SMIDU tahun pertama, Mohd Syahmi Muhammad Nasir. Syahmi yang juga merupakan ahli Bridged Amal Tawau yang baru ditubuhkan pada 30 Disember lepas mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Sekolah Menengah Darul Ulum (SMIDU), Kuala Nerang, Kedah.

Syahmi yang baru berusia 13 tahun dihantar belajar meninggalkan keluarga di seberang demi mendalami ilmu agama yang insyaAllah akan dimanfaatkan di kampung halaman kelak. Ahli Unit Amal Tawau yang sempat bersama Syahmi dalam siri lawatan baru-baru ini dapat melihat kesedihan dan kerinduannya kepada keluarga tercinta. Manakan tidak, meningglakan keluarga juah dari pandangan setelah hampir 13 tahun hidup bersama. Itupun dikhabarkan, Syahmi hanya dapat melepaskan kerinduan

bersama umi dan abi tercinta seminggu sekali melalui telefon yang disediakan pihak sekolah.

SMIDU merupakan antara sekolah agama yang menjadi pilihan ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Ratusan pelajar yang mendaftar di sini terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh pelosok Malaysia tanpa mengira ideologi politik masing-masing. Pelajar Sabah sahaja, terdapat lebih kurang 10 orng yang berhijrah untuk mencari mutiara berharga di bumi kedah ini yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu agama. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, pelajar SMIDU akan meneruskan pengajian di peringkat kolej juga dikenali sebagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang juga terletak satu kawasan dengan SMIDU. Selepas itu, pelajar-pelajar ini akan berpeluang melanjutkan pelajaran di timur tengah antaranya Al-Azhar, Jordan dan sebagainya.

From new pic


Sepetang bersama Syahmi sedikit sebanyak dapat menyelami perasaan anak kecil ini meninggallkan umi dan abi tercinta di kampung. Terpancar sinaran air di kelopak mata Syahmi sebaik ingin meninggalkanya meneruskan kehidupan sebagai pelajar di SMIDU. Demi sebuah ilmu untuk kepentingan diri dan Islam, Syahmi sanggup berjauhan dengan keluarga tercinta. Kita doakan Syahmi dan pelajar lain yang tengah menuntut ilmu tabah dan mendapat kejayaan sebagaimana yang dihasratkan. Selepas beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar SMIDU, rombongan kami meninggalkan adik-adik ini.

From new pic


Sebagai remaja Islam, gunakanlah ruang dan peluang yang ada ini untuk mencari sebanyak-banyaknya ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Sewajarnya para remaja di Tawau khususnya mencontohi Syahmi dalam keinginannya yang mendalam untuk mencari secebis ilmu. Dengan ilmu di dada, tidaklah berlaku kerosakan dan perbalahan seperti berlaku sekarang. Dengan ilmu juga, kita tidak mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat sehingga sanggup memaki hamun dan mencerca orang lain. Hanya manusia yang jahil sahaja sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain. Cuma kita tidak dapat elakkan akan kewujudan golongan ini walaupun telah berlaku pelupusan pada ketika menolak tawaran menaiki bahtera Nabi Nuh. Akhirnya, Allah telah mengambil keputusan untuk 'demolished' manusia jahil ini dari muka bumi kerana menolak kebenaran.

Pesanan buat sahabat-sahabat, dalam menghadapi karenah kelompok manusia jahil ini kita sepatutnya berlapang dadah dan memaafkan. Hal ini sebagaiman hadis Rasulullah saw, daripada Anas riwayat Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa Rasulullah saw memaafkan kesalahan seorang Arab Badwi yang menyentap selendang Nabi dengan kasar sehingga meninggalkan bekas di leher. Tindakan bijak Rasulullah berhadapan dengan orang yang jahil apabila dengan mudah memaafkannya. Orang yang jahil biasanya akan berkata apa sahaja untuk melawan musuhnya. Sekiranya kita melawan, sudah tentu akan bertindak seperti orang yang jahil. Akhirnya, kita turut termasuk dalam golongan ini. Mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk.

Salam Muwajahah silmiah.




Baca lanjut tentang “Lawatan Ahli Jabatan Amal Tawau ke SMIDU” »»

Monday, January 18, 2010

Selamat Datang Briged Amal Tawau!!!

Pada 30hb Disember 2009, satu lagi sejarah telah dicipta dengan penubuhan Briged Amal Tawau yang telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Ustaz Nazrey Mokhtar.





Pelancaran ini diadakan serentak ketika majlis penutupan Jambori Amal kali ke 2.

Menurut Ustaz Nazrey, "Penubuhan Briged Amal ini sangat dialu alukan kerana inilah antara gerakan yang terbaik untuk menarik golongan muda berjinak jinak untuk mendekati gerakan Islam dan sekaligus menjauhkan diri mereka dari gejala yang tidak bermoral."

"Ini sudah terbukti dengan anggota anggota Jabatan Amal kini kerana ada diantara mereka yang dahulunya seperti remaja biasa yang lain sebelum berubah kepada seorang remaja yang baik dari segi akhlaknya dan tutur kata mereka dan kini telah menjadi seorang pejuang dalam gerakan Islam dan kita doakan lebih ramai lagi anak anak muda yang akan turut serta dan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah." katanya.





Satu jawatankuasa Briged Amal telah dilantik yang diketuai oleh saudara Mohd Faiz bin Kassim yang bertindak selaku Pengerusi Briged Amal Tawau.

Penubuhan Briged Amal Tawau bukanlah bertujuan untuk menyaingi persatuan persatuan pelajar Islam yang sedia ada di Tawau tetapi ianya bertindak sebagai nilai tambah yang insyaAllah akan menjadi medan untuk menarik lebih ramai anak muda untuk belajar mengenali gerakan Islam secara keseluruhannya.



Keahlian Briged Amal Tawau terbuka kepada remaja yang berumur 13-21 tahun.

Pelbagai aktiviti akan dirancang pada masa hadapan dan insyaAllah akan ia bertindak sebagai satu unit yang bergerak di bawah Jabatan Amal Kawasan Tawau.


Baca lanjut tentang “Selamat Datang Briged Amal Tawau!!!” »»

Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah




Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah pada kali ini, adalah amat penting bagi umat Islam menyedari betapa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh Islam dan umatnya di seluruh dunia sekarang ini. Khususnya, label, serangan dan ancaman Barat serta Zionisme terhadap Islam dan umatnya, sedang berlaku dengan penuh tragis. Lihatlah sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi saudara-saudara kita di bumi Palestin, Iraq, Afghanistan, Somalia dan tidak terkecuali ancaman halus di negara kita sendiri.

Islam dan umatnya diletakkan di kandang orang salah oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan pelbagai label seperti 'pengganas atau terroris', seolah-olah Islam menjadi ancaman kepada keamanan dunia. Marilah kita semua menyedari bahawa sekarang, Barat dan Zionis sedang mengistiharkan perang terhadap Islam dan umatnya. Marilah juga kita mengambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di negara kita. Bahawa cabaran untuk umat Islam begitu besar, bukan sekadar krisis penyalahgunaan kuasa, rasuah serta tekanan terhadap Islam.

Umat Islam juga semakin tercabar dengan ancaman gejala murtad di kalangan penganutnya sendiri. Diharapkan agar seluruh umat Islam kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman ini serta meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT. Yakinilah sesungguhnya perjuangan Islam adalah wajib bagi setiap muslim dengan mengambil iktibar daripada hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Hijrah membawa erti yang begitu besar kepada kita umat Islam keseluruhannya. Setiap cabaran serta ujian sepanjang hijrah sebenarnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Salam Muwajahah Silmiah...





Baca lanjut tentang “Salam Maal Hijrah” »»

Sunday, December 20, 2009

Perutusan Maal Hijrah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah



















Bersempena dengan kedatangan tahun Hijrah 1431 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh masyarakat serta umat Islam Sabah khususnya.

Mengimbau kembali perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat merealisasikan aspirasi hijrah sebagaimana yang telah diperintahkan Allah swt, terlalu banyak pengajaran dan peringatan sewajarnya diperhalusi. Hijrah bukanlah semata-mata perpindahan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Namun, definisi yang lebih sinonin dengan perkataan hijrah adalah berhijrah daripada segenap penjuru perbuatan yang batil kepada yang hak. Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah”.

Sejarah telah membuktikan kedatangan Islam telah berjaya membersihkan sistem pemerintahan yang zalim dan menindas rakyat kepada bentuk ubudiyah (mentaati Allah), mas’uliyah (akauntabiliti) dan itqan. Berdasarkan semangat inilah kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinah berjaya mendaulatkan Islam bukannya menjadikan Islam tersisih dalam arus pembangunan negara seperti yang berlaku di negara ini.

Kini, telah terbukti kerajaan di bawah pimpinan UMNO tidak mempu mengurustadbir negara ini baik daripada aspek politik, ekonomi dan sosial setelah diberi peluang lebih 50 tahun. Malah, penyalahgunaan kuasa seperti rasuah dan membolot kekayaan negara pula yang banyak berlaku. Ditambah lagi dengan keruntuhan modal insan yang membelenggu generasi muda kian membarah tanpa ada tanda-tanda perubahannya.

Demikan juga halnya di negari Sabah, akibat pengurusan yang tidak mengikut acuan Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan Rasulullah saw di Kota Madinah, kekayaan hasil bumi negeri ini hilang tanpa jejak. Perkara yang lebih malang, walaupun negeri Sabah kaya dengan hasil buminya tetapi pelik boleh berada pada kedudukan negeri yang termiskin di Malaysia. Kesannaya, purata penduduk miskin tegar di negari ini semakin kritikal tanpa ada pembelaan daripada golongan berwajib.

Atas dasar semangat hijrah, kami di saf kempimpinan PAS Negeri Sabah dan Pakatan Rakyat mengajak seluruh rakyat negeri Sabah berhijrah daripada kepimpinan kerajaan yang sedia ada. Telah terbukti negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sejak ‘tsunami politik’ melanda jauh lebih baik daripada pentadbiran kerajaan sebelumnya. Tidakkah rakyat di negeri Sabah terdetik untuk merasai perubahan yang berlaku? Justeru, marilah kita bersama membuat perubahan agar kehidupan jauh lebih stabil dengan menitikberatkan elemen-elemen pembangunan rohani seiring dengan pembangunan material yang berlaku.

Sekali lagi,dengan ucapan tulus ikhlas, kami di saf kepimpinan PAS Negeri Sabah mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru Islam dengan kita meletakkan azam baru ke arah mendaulatkan syariat Islam.

Tuan Haji Muhammad Abdullah, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.





Baca lanjut tentang “Perutusan Maal Hijrah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO