Thursday, October 8, 2009

Majlis Pernikahan Saudara Adib



Maaf atas kelewatan update berkenaan majlis ini... ianya diadakan pada 24hb September 2009 (Khamis) 5 Syawal di Masjid Al Kauthar.

Saudara Adib selamat dinikahkan pada pukul 11am dengan pasangannya Siti Aminah Soga.





Semoga berbahagia selalu hendaknya hingga ke anak cucu.

Lihat video sekitar majlis pernikahannya yang didahului dengan ucapan dari pengerusi Unit Amal Tawau , Saudara Borhan Nurdin.





P/s: Mohon bantuan dari sahabat sahabat Unit Amal Tawau yang lain untuk update blog ini sekerap mungkin.

Baca lanjut tentang “Majlis Pernikahan Saudara Adib” »»

Wednesday, August 12, 2009

Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar

Takziah... itu sahaja yang mampu diucapkan kepada saudara Airil Syah apabila rumah beliau terlibat dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Kg Vietnam Tg Batu Tawau pagi ini.


Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di rumah saudara Airil


Rumah saudara Airl yang hangus terbakar

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30am yang melibatkan 30 buah rumah. Ini bukan kali pertama berlaku di Kg ni... Diharap saudara Airil dan keluarga dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bersabar... Sesungguhnya Allah berserta dengan orang orang yang bersabar.





Baca lanjut tentang “Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar” »»

Tuesday, June 30, 2009

Unit Amal Berkhidmat Untuk Sukaneka PASTI 2009

Ahad lepas, Unit Amal Tawau turun membantu Jabatan PASTI Tawau dalam menganjurkan Sukaneka PASTI 2009 di Padang Bandaran Tawau.


Kami turun awal sehari untukmemastikan semua kerja siap dan berjalan seperti yang dirancang untuk hari berikutnya. Petugas petugas unit amal juga berkhemah pada malam tersebut untuk memastikan tidak ada berlaku gangguan atau sabotaj terhadap peralatan peralatan dan kelengkapan Sukaneka pada keesokan harinya.




Ahli-ahli Nisa juga bersama membantu dalam gerak kerja menyempurnakan persediaan menghadapi Sukaneka PASTI kali ini.





Alhamdulillah... semua berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ahli ahli muda Unit Amal Tawau yang sedia berkhidmat menjalankan tanggungkawab demi memastikan semuanya berjalan dengan sempurna. Hanya ucapan terima kasih yang dapat diucapkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal pada kalian semua.





Wallahualam.

Baca lanjut tentang “Unit Amal Berkhidmat Untuk Sukaneka PASTI 2009” »»

Friday, May 22, 2009

Jom Sertai !!!







Baca lanjut tentang “Jom Sertai !!!” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO