Wednesday, August 12, 2009

Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar

Takziah... itu sahaja yang mampu diucapkan kepada saudara Airil Syah apabila rumah beliau terlibat dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Kg Vietnam Tg Batu Tawau pagi ini.


Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di rumah saudara Airil


Rumah saudara Airl yang hangus terbakar

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30am yang melibatkan 30 buah rumah. Ini bukan kali pertama berlaku di Kg ni... Diharap saudara Airil dan keluarga dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bersabar... Sesungguhnya Allah berserta dengan orang orang yang bersabar.





Baca lanjut tentang “Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar” »»

Tuesday, June 30, 2009

Unit Amal Berkhidmat Untuk Sukaneka PASTI 2009

Ahad lepas, Unit Amal Tawau turun membantu Jabatan PASTI Tawau dalam menganjurkan Sukaneka PASTI 2009 di Padang Bandaran Tawau.


Kami turun awal sehari untukmemastikan semua kerja siap dan berjalan seperti yang dirancang untuk hari berikutnya. Petugas petugas unit amal juga berkhemah pada malam tersebut untuk memastikan tidak ada berlaku gangguan atau sabotaj terhadap peralatan peralatan dan kelengkapan Sukaneka pada keesokan harinya.




Ahli-ahli Nisa juga bersama membantu dalam gerak kerja menyempurnakan persediaan menghadapi Sukaneka PASTI kali ini.





Alhamdulillah... semua berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ahli ahli muda Unit Amal Tawau yang sedia berkhidmat menjalankan tanggungkawab demi memastikan semuanya berjalan dengan sempurna. Hanya ucapan terima kasih yang dapat diucapkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal pada kalian semua.





Wallahualam.

Baca lanjut tentang “Unit Amal Berkhidmat Untuk Sukaneka PASTI 2009” »»

Friday, May 22, 2009

Jom Sertai !!!







Baca lanjut tentang “Jom Sertai !!!” »»

Monday, April 20, 2009

Mahukah Kita Sihat Cara Rasulullah?

Rasulullah saw bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan (metenteramkan jiwa).

SELALU MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencukur rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah saw : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaqun Alaih) .

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 unsur : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan
bahawa kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta 'awwudz, k
erana marah itu dari syaitan .
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2
rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan
impak psikologi yang mendalam bagi ketenagan jiwa sehingga kita tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga
kesihatan hati & ketenangan jiwa, jauhilah sifat iri hati

Wassalam





Baca lanjut tentang “Mahukah Kita Sihat Cara Rasulullah?” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO