Thursday, December 18, 2008
Friday, December 12, 2008
"Re-Treat" Muhasabah Amal 2008
Rabu dan Khamis (10hb-11hb Disember 2008), unit amal kawasan Tawau telah mengadakan satu program yang digelar "re-treat", Muhasabah Amal 2008 yang khusus untuk membincangkan apa yang telah Unit Amal kawasan Tawau lakukan sepanjang tahun 2008, dan apakah perancangan/program yang akan dilakukan sepanjang tahun 2009.
Ini penting supaya Unit Amal kawasan Tawau tidak hilang arah tuju , dan insyaAllah dapat mencari dan mengumpul barisan tenaga baru/pelapis sebagai penyambung legasi Unit Amal kawasan Tawau.
Pendaftaran ahli unit amal yang hadir.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, suasana penuh mesra sepanjang penulis dan rakan rakan berada di sana... ini tentu dapat merapatkan ukhwah sesama pejuang pejuang Unit Amal kawasan Tawau.
Lihat gambar-gambar sepanjang program di bawah, untuk gambaran yang lebih jelas.

Tekun dengan perbincangan.

Berbincang mengenai risalah, blog & kumpulan kesenian Unit Amal.

Sahabat-sahabat Unit Amal yang segak dengan baju seragam Unit Amal.
Suhasman, Rashid & Fadlan

Sedang menjalankan kajian dan pengemaskinian sistem perfailan.

Perbincangan secara santai di bilik berhawa dingin.

Pengerusi Unit Amal kawasan Tawau
Borhan Nurdin Sirajudin
Baca lanjut tentang “"Re-Treat" Muhasabah Amal 2008” »»
Posted by amal_tawau at 2:05 PM 2 comments
Labels: aktiviti
Artigos Relacionados:Wednesday, December 10, 2008
Korban Amal 2008
Pada Hari Raya Aidil Adha Isnin lepas, Unit Amal Kawasan Tawau telah turun padang membantu Majlis Korban di PASTI Nurul Iman , Tg Batu Tawau.
Sebanyak 7 ekor lembu dikorbankan, dan alhamdulillah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung di kawasan sekitarnya.
Lihat gambar di bawah.
Daging korban turut di agih agihkan di sekitar Kg Tg Batu Laut.







Posted by amal_tawau at 1:19 PM 1 comments
Labels: aktiviti
Artigos Relacionados:Sunday, December 7, 2008
Amal Visit
Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba, Unit Amal Tawau telah mengadakan program "Amal Visit" ke Hospital Besar Tawau pada 6hb Disember 2008 (Sabtu) untuk berkongsi sedikit kemeriahan Hari Raya Aidil Adha dengan para pesakit di Hospital Besar Tawau.
Alhamdulillah.. lawatan Unit Amal Tawau dari wad ke wad untuk berjumpa para pesakit berjalan dengan lancar... kami berkongsi penderitaan dan pengalaman para pesakit dan kami doakan agar mereka semua dapat bersabar dan redha dengan ujian yang diberi oleh Allah swt.








Posted by Adry at 9:07 AM 0 comments
Labels: aktiviti
Artigos Relacionados:

