Monday, February 11, 2008
Saturday, February 2, 2008
dengan Hakikat bahawa
PERJUANGAN agung
yang pernah
dirakam dalam sejarah
pembinaan dan
keagungan tamadun
bertitik
tolak dari SATU permulaan yang amat KERDIL.
Namun noktah HIDAYAH
yang amat sederhana ini akhirnya
MELONJAK menjadi satu gelombang yang cukup
DIGERUNI oleh MUSUH dan LAWAN...
faQruL zaQuan
Posted by amal_tawau at 11:35 PM 0 comments
Artigos Relacionados:
Friday, January 25, 2008
Kanak-kanak Hilang....
KUALA LUMPUR - Ekoran dari laporan akhbar Harian Metro hari ini, Jabatan Amal Malaysia akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi membantu mengesan adik Sharlinie Mohd Nashar dengan menjejaki di kawasan yang berdekatan dengan lokasi tempat dilapor hilang sambil mengedar poster kepada orang.
Seperti kes yang berlaku keatas Allahyarham Adik Nurin Jazlin, Jabatan Amal Malaysia tidak mahu ianya berulang terhadap adik Sharlinie dan berharap orang ramai peka dan memberikan bantuan sekadar yang termampu dalam usaha mencari adik Sharlinie ini.
Baca lanjut tentang “Kanak-kanak Hilang....” »»Posted by amal_tawau at 9:09 AM 0 comments
Artigos Relacionados:
Lawatan Ke Hospital Tawau
Alhamdulillah... Selaras dengan tuntutan hadis nabi bahawa setiap orang mukmin umpama satu anggota tubuh badan. Sekiranya satu merasai sakit maka anggota lain pun turut merasainya. Walaupun tidak sebesar mana pemberian yg diberikan tapi kami yakin bahawa bukan itulah yang akan dinilai oleh Allah swt kerana nilaian itu terletak sejauhmana kita ikhlas dalam memberi pertolongan.
Semoga usaha kami ini akan mendekatkan manusia kepada agama Allah. Betapa Islam mengajar umatnya supaya bertolong bantu antara satu sama lain. Akhirnya ya Allah kami mohon redhaMU agar hidup kami ini kami dapat manfaatkan untuk perjuangan Islam.
Kami redha ya Allah engkau gunakan jasad,tenaga,fikiran dan apa sahaja daripada tubuh kami ini untuk perjuangan Islam kerana kami yakin ini bukan milik kami tapi milikMU jua. Kami tiada hak ke atasnya melainkan hanya sebagai pemegang amanah yang diberikan.... Amin ya Allah...
Posted by amal_tawau at 8:42 AM 0 comments
Labels: aktiviti
Artigos Relacionados: