Thursday, December 17, 2009

Majlis Pernikahan Ketua Penerangan DPPKT

From Nikah


Tarikh 17 Disember 2009 bersamaan dengan 30 Zulhijjah merupakan hari bersejarah bagi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, Sdr. Rusli Hasani kerana telah berjaya diijabkabulkan dengan zawjah beliau, Pn. Aisyah Izzah Labongko juga merupakan Pengerusi Nisa' Negeri Sabah.

From Nikah


Pernikah tersebut berlangsung di Masjid Al-Kauthar Tawau kira-kira pukul 2 petang dengan sekali lafaz yang disaksikan ahli keluarga kedua-dua mempelai. Majlis turut diserikan dengan kehadiran saf pimpinan dan ahli-ahli PAS Kawasan Tawau.

From Nikah


Jabatan Amal mengucapkan tahniah kepada Sdr. Rusli dan mendoakan kebahagiaan keduanya menempuh alam rumah tangga sahinggalah ke anak cucu. Muda-mudahan juga pernikahan ini dapat memantapkan lagi gerak kerja dakwah di bumi Tawau khususnya.

(Gambar ihsan daripada tawauphotography.com)


Baca lanjut tentang “Majlis Pernikahan Ketua Penerangan DPPKT” »»

Wednesday, December 16, 2009

QUANTUM TARBIYAH : MENCETAK KADER SERBA BISA!

Mencetak Kader Serba Bisa!

Buku tarbiah ini dimulakan dengan satu cerita tentang kelebihan yang ada pada Saidina Umar Al-Khattab iaitu bidadari edisi special. Mencetak kader serba bisa (baca: boleh) merupakan satu lagi karangan trainer dan presenter terkenal dari Indonesia, Solikhin Abu ‘Izzuddin selepas satu bukunya zero to hero menjadi buku best seller di sana.

Bersesuaian dengan tajuk, ia menceritakan cara-cara mengkaderkan ahli gerakan Islam bermula dari pemilihan mad’u yang ramai sehingga mereka menjadi ahli gerakan yang komit dengan gerak kerja Islam. Perjuangan dirintis dan difikirkan oleh orang alim, diperjuangkan oleh orang-orang ikhlas, dimenangi oleh orang berani tapi seringkali dinikmati oleh para pengecut.

Dalam gerak kerja Islam, pengkaderan menjadi satu agenda penting di setiap organisasi bagi memastikan ia terus bergerak dari masa ke semasa. Orang-orang yang meneruskan mata rantai perjuangan tidak akan mampu untuk mempunyai umur yang cukup panjang bagi menamatkan agenda dakwah mereka. Untuk mencapai misi besar daulah Islamiyyah, seorang kader tidak seharusnya memikirkan untuk menamatkan perjuangan tersebut tapi mereka harus memerah keringat, darah dan minda bagi memastikan perjuangan mereka terus dinamik dan istiqamah.

Pembinaan seorang kader bermula dari satu halaqah yang kecil atau lebih dikenali dengan usrah. Bagi memastikan kader yang dihasilkan itu berkualiti, penyediaan murabbi, naqib atau naqibah yang hebat, mantap dan berkarisma merupakan syarat utama untuk mencapainya. Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah usrah atau halaqah ini sendiri bukan sekadar mengaji. Seringkali kita melabelkan usrah ini sebagai satu aktiviti dalam bentuk bulatan dan mendengar seorang naqib berucap panjang mengenai Islam dengan harapan semua ahli usrah akan mendapat banyak input pada masa tersebut. Ini adalah satu falasi yang menyebabkan ramai orang yang berpotensi tidak berani dan tidak berminat untuk menyertai usrah. Tahukah anda? Hakikatnya halaqah adalah mujalasah yang bertujuan pembinaan peribadi muslim dalam sisi keimanan, keilmuan, kejiwaan dan keterampilan. Ia bukan sehala tapi dua hala. Suasana yang spatutnya wujud bukanlah seperti upacara pengebumian tapi ia mestilah mempunyai suasana persahabatan yang ceria.

Satu hakikat yang mesti diterima, usrah sebenarnya bermula dari ahli membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr semasa menutup majlis sehingga membaca Al-Fatihah semasa membuka majlis usrah berikutnya. Ikatan antara ahli usrah tidak terbatas semasa majlis dijalankan sahaja. Ia dapat memastikan ukhuwah antara mereka dapat ditambat seteguhnya sehingga mereka menjadi kader yang serba boleh!

Inti tarbiah adalah perubahan. Mengubah dari yang biasa menjadi luar biasa. Mengubah keterbatasan menjadi kemelimpahan. Barangsiapa tidak ingin mengubah dirinya maka dia tidak akan menemui kebahagiaan dirinya.
Selain itu, antara keyword penting dalam istilah tarbiah adalah pendidikan yang berterusan. Pendidikan merupakan nadi kepada kehidupan manusia. Tanpa pendidikan, musnahlah kehidupan kerana penentu jatuh bangunnya bangsa pada hari ini adalah tahap keintelektualan yang mereka miliki. Jika kita menyulusuri asal usul menyembahan taghut/berhala, kita akan dapati bahawa pendidikan atau pendokumentasian yang tak tersusun adalah salah satu sebab berlakunya kesesatan ini. Berterusan atau istiqamah pula merupakan elemen yang ‘wajib’ ada dalam pendidikan. Istiqamah dengan gerak kerja dan komited dengan usrah dapat memimpin seseorang kearah yang lebih baik.

Dan ingatlah umur kita tidak akan mencapai umur perjuangan! kader pewarislah yang akan mencukupkannya.


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Imran : 104)

~semoga buku ini dapat menjadi manual kepada setiap penggerak dakwah untuk mencetak lebih manyak kader-kader yang berkualiti dan ‘boleh harap’~

Baca lanjut tentang “QUANTUM TARBIYAH : MENCETAK KADER SERBA BISA!” »»

Sunday, December 6, 2009

Rehlah Tentera Merah

From


Jabatan Amal Tawau sebelum ini lebih dikenali dengan Unit Amal dengan jolokannya yang tersohor, 'Tentera Merah' meluangkan masa seharian bersama ahli berehlah di pedalaman Tawau. Negeri Sabah yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya tidak sunyi dengan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kawasan baru yang diterokai Jabatan Amal Tawau beru-baru ini adalah Air Terjun, Estet Sg. Indit, Brumas. Lawatan ini merupakan yang kedua kalinya selepas mengadakan program kebajikan bersama Pemuda Tawau dengan memberikan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada penduduk-penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan tersebut.


From Rehlah Amal


From Rehlah Amal


Kawasan Estet ini dibawah seliaan Soffwood Industries di kawal dengan baik petugas-petugas keselamtan. Menariknya, walaupun dalam kawasan pedalaman semua penduduk yang menunggang motosikal memakai topi keledar. Setelah diselidik, ia merupakan peraturan yang mesti dipatuhi semua penduduk, jika tidak gaji bulanan akan dipotong RM50. Sekilas pandang, peraturan tersebut agak baik. Namun, ia merupakan satu lagi tindakan pihak syarikat yang membebankan penduduk dengan denda yang dikenakan. Pihak berkuasa wewenangnya mengenakan peraturan rimba yang melanggar hak domokrasi. Apa pun, semoga rakyat sedar akan hak mereka yang perlu diperjuangkan.

From Rehlah Amal


From Rehlah Amal


Kali kedua ke Brumas, kehadiran konvoi kami sebanyak 4 buah kereta pacuan empat roda tidak dilihat asing penduduk sekitar. Mungkin berkat turun padang sebelum ini. Lagipun ramai kalangan anak muda kawasan ini adalah anak didik ahli Jabatan Amal Tawau di sekolah masing-masing. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam dari bandar Tawau akhirnya tiba di tapak air terjun sekitar pukul 1 petang. Selepas menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, acara yang ditunggu-tunggu semua ahli yakni bermandi manda di kawasan air terjun. Perlawanan bola baling sungai pun berlangsung.

From Rehlah Amal


From Rehlah Amal


Usai bermandian, selepas solat asar, perlawan persahabatan bola sepak dengan anak-anak muda estet diadakan hasil pelawaan kami sebagai antara tentatif rehlah kali ini. Perlawanan ini membolehkan silaturrahim terjalini erat. Perlawanan agak sengit namun akhirnya kemenangan di pihak anak muda estet. Jumlah jaringan biarlah rahsiah :). Konvoi kami bergerak pulang kira-kira pukul 5.30 petang selepas beramah mesra dengan penduduk sekitar dan melawat kawasan sekeliling estet.

From Rehlah Amal


Kerjasama yang padu semua ahli Jabatan Amal Tawau melancarkan lagi gerak kerja program yang telah dirancang. Semua pun tidak sabar untuk menanti aktiviti-aktiviti seterusnya. Salam muwajahah silmiah.

Baca lanjut tentang “Rehlah Tentera Merah” »»

Saturday, December 5, 2009

Amal Care

From amal care


Baru-baru ini(Khamis), Jabatan Amal Tawau telah turun padang bergotong-royong membaik pulih PASTI Nurul Falah, Kg. Titingan. Ia merupakan penerus kepada program-program kebajikan yang dilakasanan jabatan ini sepanjang tahun. Amal Care pada kali ini disertai seramai 20 orang terdiri daripada ahli Jabatn Amal Kawasan Tawau.

From amal care


From amal care


From amal care


From amal care


Sepanjang akitivi ini, kawasan siling dan dinding PASTI yang telah reput digantikan dengan papan yang baru. Selain itu, kawasan sekitar PASTI turut dibersihkan dan bahagian pintu pagar dicat dengan warna yang baru.

From amal care


From amal care


From amal care


From amal care


Program ini mendapat sambutan yang baik daripada Mudir dan juga guru-guru PASTI dengan turut bersama-sama sepanjang akitiviti gotong-royong dijalankan. Mudir PASTI Nurul Falah, Sdr. Adry Sabri ketika ditemui melahirkan ucapan penghargaan kepada semua ahli Jabatan Amal yang turun mengindahkan PASTI dibawa kelolaan beliau. Beliau berharap, pelajar-pelajr PASTI akan dapat belajr dengan lebih selesa dalam keadaan kondusif sebaik sesi baru bermula tahun depan.

From amal care


From amal care


Pengarah Program, Sdr. Zulkifli turut berbesar hati melihat kesungguhan para ahli jabatan amal bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan. Keseronokan bekerjasam a dengan diiringi gurauan sahbat-sahabat meyebabkan keletihan bergotong-royong tidak dirasai. Program berakhir kira-kira pukul 2.30 petang selepas menjamuh juadah tengah hari yang disediakan ajk pelaksana.

Pengerusi Jabatan Amal Tawau yang turut hadir ketika ditemui mengharapkan program-program kebajikan semisalnya dapat diteruskan dan digiatkan lagi di daerah Tawau ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli-ahli yang pulang bercuti kerana sanggup menginfakkan cuti belajar berbanding dengan mahasiswa lain yang mungkin sedang bercuti bersama keluarga tercinta.



Baca lanjut tentang “Amal Care” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO