Baru-baru ini(Khamis), Jabatan Amal Tawau telah turun padang bergotong-royong membaik pulih PASTI Nurul Falah, Kg. Titingan. Ia merupakan penerus kepada program-program kebajikan yang dilakasanan jabatan ini sepanjang tahun. Amal Care pada kali ini disertai seramai 20 orang terdiri daripada ahli Jabatn Amal Kawasan Tawau.
Sepanjang akitivi ini, kawasan siling dan dinding PASTI yang telah reput digantikan dengan papan yang baru. Selain itu, kawasan sekitar PASTI turut dibersihkan dan bahagian pintu pagar dicat dengan warna yang baru.
Program ini mendapat sambutan yang baik daripada Mudir dan juga guru-guru PASTI dengan turut bersama-sama sepanjang akitiviti gotong-royong dijalankan. Mudir PASTI Nurul Falah, Sdr. Adry Sabri ketika ditemui melahirkan ucapan penghargaan kepada semua ahli Jabatan Amal yang turun mengindahkan PASTI dibawa kelolaan beliau. Beliau berharap, pelajar-pelajr PASTI akan dapat belajr dengan lebih selesa dalam keadaan kondusif sebaik sesi baru bermula tahun depan.
Pengarah Program, Sdr. Zulkifli turut berbesar hati melihat kesungguhan para ahli jabatan amal bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan. Keseronokan bekerjasam a dengan diiringi gurauan sahbat-sahabat meyebabkan keletihan bergotong-royong tidak dirasai. Program berakhir kira-kira pukul 2.30 petang selepas menjamuh juadah tengah hari yang disediakan ajk pelaksana.
Pengerusi Jabatan Amal Tawau yang turut hadir ketika ditemui mengharapkan program-program kebajikan semisalnya dapat diteruskan dan digiatkan lagi di daerah Tawau ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli-ahli yang pulang bercuti kerana sanggup menginfakkan cuti belajar berbanding dengan mahasiswa lain yang mungkin sedang bercuti bersama keluarga tercinta.
Bertempat di Madrasah Darul Hidayah, Sg. Imam berlangsung Majlis Ibadah Korban anjuran PAS Kawasan Tawau. Majlis Ibadah korban yang diadakan pada raya ke-2 pada tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar Sg. Imam dan penduduk kampung yang lain. Sambutan ibadah korban kali ini dihadiri hampir keseluruhan saf kepimmpinan PAS Tawau dengan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Haji Muhammad Abdullah juga bertindak sebagai penyembelih lembu korban.
Unit amal yang diamanahkan sebagai petugas bahagian lembu korban turun melancarkan lagi mejlis pada hari tersebut. Selain itu, penduduk kampung juga secara suka rela turut membantu unit amal yang bertugas mengorban sebanyak 11 ekor lembu. Dalam sambutn ibadah korban kali ini, unit amal mengorbankan seekor lembu yang diketuai oleh Pegerusi Unit Amal Kawasan Tawau sendiri iaitu Sdr. Borhan Nuddin Sirajudin .
Seramai 130 orang penduduk sekitar telah mendapat sumbangan daging korban melalui kupon-kupon yang diedarkan ajk PAS Kawasan. Majlis selasai kira-kira pukul 1.00 petang. Petugas dan hadirin juga turut dihidangkan dengan jamuan tengahari berupa sup tulang yang dimasak olah Muslimat PAS Tawau dan Nisa' Kawasan Tawau. Berikut sedikit gambaran majlis Ibadah Korban yang berjaya dianjurkan oleh PAS Kawasan Tawau bagi tahun ini.
Berikut antara kemeriahan Sambutan Ibadah Korban yang sempat dirakamkan :
Pada tahun ini, sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. Walaupun kemeriahannya tidaklah sehebat sambutan Hari Raya Aidilfitri, semua masyarakat tetap menggunakan peluang ini untuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangannya. Sebenarnya, Islam menuntut kita berkorban sepanjang masa. Itulah sebabnya sifat berkorban perlu ditanamkan dalam kalangan individu muslim. Pengorbanan yang dibuat olah Nabi Ibrahim as adalah tanda cintanya kepada Allah swt. Kesanggupannya mengorbankan Nabi Ismail as kerana taat kepada perintah-Nya. Bukannya tidak sayangkan anak tetapi ketaatan kepada Allah swt lebih daripada segala-galanya. Hal inilah yang kita perlu ambil pengajaran. Manusia perlu berkorban untuk mentaati segala perintah Allah swt walaupun bertentangan dengan hawa nafsu. Semoga, ibadah korban yang kita sambut pada kali ini benar-benar dapat dihayati agar berani berkorban untuk Islam. Akhirnya, kita mampu melihat semula tertegaknya syariat Islam dengan pengorbanan yang kita laksanakan. Hulurkan bantuan kepada mereka yang mendokong perjuangan Islam. Antara bentuk bantuan yang kita boleh sumbangkan termasuklah bersama dengan jemaah yang mendaulatkan Islam, sumbangan harta, masa mahupun tenaga.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah mendakdirkan aku yang lemah ini terpilih untuk menjadi salah satu amilin (pekerja) di jalan da’wah. Setiap umat manusia yang telah megucapkan kalimah syahadah ‘tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah’, maka dia adalah seorang dai’e.
Dai’e yang macam mana? Keputusan berada di tangan anda. Satu perkara yang perlu sentiasa diingati adalah ‘kambing yang bersendirian akan lebih mudah untuk dibaham serigala berbanding dengan kambing yang berkelompok’. Mustafa Masyur dalam dua siri buku beliau yang bertajuk jalan da’wah sentiasa menegaskan bahawa ‘untuk terlibat dalam jalan da’wah, kita mestilah melibatkan diri dalam organisasi Islam yang tersusun’.
Oleh sebab itu, dalam organisasi kita tidak akan terlepas dari mengatakan hal-hal yang berkaitan dengan QIYADAH (pimpinan) dan JUNDIYYAH (tentera). Siapa Qiyadah ini? Apa peranan mereka? Apa skop gerak kerja mereka? Dan bagaimana pula halnya dengan Jundiyyah ini? Apa yang perlu mereka lakukan?. Banyak persoalan dapat dijawab dalam buku kecil ini. Bagi saya, setiap ahli organisasi seharusnya membaca dan menghadam buku ini untuk menjadi rujukan sampingan semasa bergerak kerja.
Kejayaan usaha-usaha amal Islami sangat bergantung kepada:
1.Barisan pimpinan yang berwibawa dan dihormati
2.Sistem penyusunan, pengurusan dan kawalan yang tersusun dan berkesan
3.Para pengikut yang terdidik lagi setia
Antara tajuk-tajuk menarik yang dikupas dalam buku ini ialah:
>>perkara-perkara yang dapat membantu dalam menjalankan amanah kepimpinan
>>akhlak yang mesti bagi pemimpin
>>kewajipan yang mesti dijaga oleh pengikut
>>mengenai pengendalian majlis perjumpaan
>>dan banyak lagi
~semoga buku ini menjadi salah satu alat untuk meningkatkan kualiti dan efficiency gerak kerja kita pada masa akan datang~
JAMBORI AMAL KAWASAN TAWAU KALI KE_3 22-26 DISEMBER 2010 @ 16-20 MUHARAM 1432H MADRASAH DARUL HIDAYAH, KG SG IMAM TAWAU KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN PENGARAH PROGRAM, UST MUEMIN - 0148321214 TERBUKA KEPADA REMAJA BERUMUR 14-18 TAHUN SAHAJA.