Friday, November 6, 2009

JALAN DA'WAH

ANTARA QIYADAH DAN JUNDIYYAH


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah mendakdirkan aku yang lemah ini terpilih untuk menjadi salah satu amilin (pekerja) di jalan da’wah. Setiap umat manusia yang telah megucapkan kalimah syahadah ‘tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah’, maka dia adalah seorang dai’e.

Dai’e yang macam mana? Keputusan berada di tangan anda. Satu perkara yang perlu sentiasa diingati adalah ‘kambing yang bersendirian akan lebih mudah untuk dibaham serigala berbanding dengan kambing yang berkelompok’. Mustafa Masyur dalam dua siri buku beliau yang bertajuk jalan da’wah sentiasa menegaskan bahawa ‘untuk terlibat dalam jalan da’wah, kita mestilah melibatkan diri dalam organisasi Islam yang tersusun’.

Oleh sebab itu, dalam organisasi kita tidak akan terlepas dari mengatakan hal-hal yang berkaitan dengan QIYADAH (pimpinan) dan JUNDIYYAH (tentera). Siapa Qiyadah ini? Apa peranan mereka? Apa skop gerak kerja mereka? Dan bagaimana pula halnya dengan Jundiyyah ini? Apa yang perlu mereka lakukan?. Banyak persoalan dapat dijawab dalam buku kecil ini. Bagi saya, setiap ahli organisasi seharusnya membaca dan menghadam buku ini untuk menjadi rujukan sampingan semasa bergerak kerja.

Kejayaan usaha-usaha amal Islami sangat bergantung kepada:

1. Barisan pimpinan yang berwibawa dan dihormati

2. Sistem penyusunan, pengurusan dan kawalan yang tersusun dan berkesan

3. Para pengikut yang terdidik lagi setia


Antara tajuk-tajuk menarik yang dikupas dalam buku ini ialah:
>>perkara-perkara yang dapat membantu dalam menjalankan amanah kepimpinan
>>akhlak yang mesti bagi pemimpin
>>kewajipan yang mesti dijaga oleh pengikut
>>mengenai pengendalian majlis perjumpaan
>>dan banyak lagi


~semoga buku ini menjadi salah satu alat untuk meningkatkan kualiti dan efficiency gerak kerja kita pada masa akan datang~


TAJUK: JALAN DA'WAH ANTARA QIYADAH DAN JUNDIYYAH

TERBITAN: DEWAN PUSTAKA FAJAR

PENULIS: MUSTAFA MASYHUR

TEBAL: 128 MUKA SURAT

HARGA: RM10.50

KEDAI: FANIKA TAWAU

Baca lanjut tentang “JALAN DA'WAH” »»

Thursday, November 5, 2009

ZERO TO HERO



Suatu hari pada bulan ramadhan di Masjidil Haram, seorang guru sedang menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Dengan jelas, lugas, dan komunikatif, guru tersebut mengajarkan ilmu fiqh, jinayah, dan hukum-hukum jenayah. Semasa majlis tersebut sedang berjalan, sang guru sempat meminta izin sebentar untuk minum.

“kenapa anda minum? Ini kan bulan puasa?” protes sang murid.

“aku belum wajib berpuasa” jawab si guru ringkas.

Siapakah sang guru tersebut?

Belum baligh sudah menjadi guru di Masjidil Haram.

Beliau adalah SEORANG BIASA YANG MELEDAKKAN POTENSI DIRI MENJADI LUAR BIASA.

Muhammad Idris Asy Syafi’i atau lebih dikenali sebagai Imam Syafi’i.


Buku karangan Solikhin Abu Izzudin ini telah menjadi salah satu buku best seller di Indonesia. Dengan memulakan isi buku ini dengan beberapa cerita orang yang luar biasa, beliau Berjaya menyentap minat dan perasaan pembaca untuk terus membaca dan mencabar para pembaca untuk mendasyatkan peribadi biasa menjadi luar biasa.


Kemampuan anda terbatas? Itu bukan masalah! Sebab bila di tengah keterbatasan itu kita mampu mendasyatkan diri untuk meraih prestasi tinggi, itulah kepahlawanan sejati.


CIRI-CIRI PERIBADI UNGGUL

1. Orang yang mempunyai cita-cita yang menggelora

2. Mereka yang memiliki jiwa yang membara

3. Mereka yang selalu berusaha dengan giat

4. Mereka yang memiliki kesiapan yang terus menerus

“manusia dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Kebesaran jiwa mereka yang menentukan karya besar mereka memang besar. Di mata orang-orang kerdil, masalah-masalah sepele menjadi besar. Bagi yang berjiwa besar, masalah-masalah besar terlihat kecil”

~Al Mutanabi


Jika anda seorang yang suka untuk meng’highlight’ butir-butir mutiara kata daripada buku, adalah kurang bijak jika anda melakukannya pada buku ini kerana ianya sarat dengan ayat-ayat yang berbahasa tinggi ditambah lagi dengan penggunaan bahasa Indonesia.

Akhir sekali, saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang memerlukan momentum baru sama ada dalam kehidupan atau gerak kerja, buku ini menyimpan jawapannya!. Apa yang penting, segala perubahan bermula dari diri anda sendiri.


11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.


Cuba bayangkan..

Anda adalah salah satu daripada tiga longgok besi mentah dalam sebuah stor. Setiap longgokan itu akan dieksport ke luar Negara untuk diproses. Selonggok akan dieksport ke Jerman untuk dijadikan kereta Mercedez Benz yang berharga berjuta-juta ringgit. Selonggok lagi akan dieksport ke Jepun untuk dijadikan lori Toyota yang berharga puluhan ribu ringgit. Manakala selonggok lagi akan dieksport ke tempat X di sekitar Malaysia untuk dijadikan cangkul yang berharga seribu ringgit(pukal).

Nah! Pilihan berada di tangan anda! Sebelum ni, kita semua adalah selonggok bahan logam mentah. Anda mampu memilih proses apa yang anda inginkan untuk menuju masa hadapan.

Taknak goreng banyak-banyak, anda fikir..


~semoga buku ini dapat membuka minda setiap pembaca untuk menjadi HERO. Jom Mengembara ke masa hadapan!..dengan kadar 24 jam sehari, 7 hari seminggu!~

p/s: berhati-hati bila membaca buku ini kerana ia adalah bahasa Indonesia. Sila rujuk orang yang faham..

ADA SOALAN?

Baca lanjut tentang “ZERO TO HERO” »»

Thursday, October 8, 2009

Majlis Pernikahan Saudara Adib



Maaf atas kelewatan update berkenaan majlis ini... ianya diadakan pada 24hb September 2009 (Khamis) 5 Syawal di Masjid Al Kauthar.

Saudara Adib selamat dinikahkan pada pukul 11am dengan pasangannya Siti Aminah Soga.





Semoga berbahagia selalu hendaknya hingga ke anak cucu.

Lihat video sekitar majlis pernikahannya yang didahului dengan ucapan dari pengerusi Unit Amal Tawau , Saudara Borhan Nurdin.





P/s: Mohon bantuan dari sahabat sahabat Unit Amal Tawau yang lain untuk update blog ini sekerap mungkin.

Baca lanjut tentang “Majlis Pernikahan Saudara Adib” »»

Wednesday, August 12, 2009

Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar

Takziah... itu sahaja yang mampu diucapkan kepada saudara Airil Syah apabila rumah beliau terlibat dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Kg Vietnam Tg Batu Tawau pagi ini.


Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di rumah saudara Airil


Rumah saudara Airl yang hangus terbakar

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30am yang melibatkan 30 buah rumah. Ini bukan kali pertama berlaku di Kg ni... Diharap saudara Airil dan keluarga dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bersabar... Sesungguhnya Allah berserta dengan orang orang yang bersabar.





Baca lanjut tentang “Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO