Monday, January 18, 2010

Selamat Datang Briged Amal Tawau!!!

Pada 30hb Disember 2009, satu lagi sejarah telah dicipta dengan penubuhan Briged Amal Tawau yang telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Ustaz Nazrey Mokhtar.





Pelancaran ini diadakan serentak ketika majlis penutupan Jambori Amal kali ke 2.

Menurut Ustaz Nazrey, "Penubuhan Briged Amal ini sangat dialu alukan kerana inilah antara gerakan yang terbaik untuk menarik golongan muda berjinak jinak untuk mendekati gerakan Islam dan sekaligus menjauhkan diri mereka dari gejala yang tidak bermoral."

"Ini sudah terbukti dengan anggota anggota Jabatan Amal kini kerana ada diantara mereka yang dahulunya seperti remaja biasa yang lain sebelum berubah kepada seorang remaja yang baik dari segi akhlaknya dan tutur kata mereka dan kini telah menjadi seorang pejuang dalam gerakan Islam dan kita doakan lebih ramai lagi anak anak muda yang akan turut serta dan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah." katanya.





Satu jawatankuasa Briged Amal telah dilantik yang diketuai oleh saudara Mohd Faiz bin Kassim yang bertindak selaku Pengerusi Briged Amal Tawau.

Penubuhan Briged Amal Tawau bukanlah bertujuan untuk menyaingi persatuan persatuan pelajar Islam yang sedia ada di Tawau tetapi ianya bertindak sebagai nilai tambah yang insyaAllah akan menjadi medan untuk menarik lebih ramai anak muda untuk belajar mengenali gerakan Islam secara keseluruhannya.



Keahlian Briged Amal Tawau terbuka kepada remaja yang berumur 13-21 tahun.

Pelbagai aktiviti akan dirancang pada masa hadapan dan insyaAllah akan ia bertindak sebagai satu unit yang bergerak di bawah Jabatan Amal Kawasan Tawau.


Tinggalkan komen untuk entri ini

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO