Friday, December 12, 2008

"Re-Treat" Muhasabah Amal 2008



Rabu dan Khamis (10hb-11hb Disember 2008), unit amal kawasan Tawau telah mengadakan satu program yang digelar "re-treat", Muhasabah Amal 2008 yang khusus untuk membincangkan apa yang telah Unit Amal kawasan Tawau lakukan sepanjang tahun 2008, dan apakah perancangan/program yang akan dilakukan sepanjang tahun 2009.

Ini penting supaya Unit Amal kawasan Tawau tidak hilang arah tuju , dan insyaAllah dapat mencari dan mengumpul barisan tenaga baru/pelapis sebagai penyambung legasi Unit Amal kawasan Tawau.


Pendaftaran ahli unit amal yang hadir.


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, suasana penuh mesra sepanjang penulis dan rakan rakan berada di sana... ini tentu dapat merapatkan ukhwah sesama pejuang pejuang Unit Amal kawasan Tawau.


Lihat gambar-gambar sepanjang program di bawah, untuk gambaran yang lebih jelas.


Tekun dengan perbincangan.


Berbincang mengenai risalah, blog & kumpulan kesenian Unit Amal.


Sahabat-sahabat Unit Amal yang segak dengan baju seragam Unit Amal.
Suhasman, Rashid & Fadlan


Sedang menjalankan kajian dan pengemaskinian sistem perfailan.


Perbincangan secara santai di bilik berhawa dingin.


Pengerusi Unit Amal kawasan Tawau
Borhan Nurdin Sirajudin

2 komentar:

Anonymous said...

uio, mcm re treat pas di langkawi la..

Anonymous said...

jangan lupa muhasabah lidah!

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO