Friday, January 25, 2008

Lawatan Ke Hospital Tawau











































Alhamdulillah... Selaras dengan tuntutan hadis nabi bahawa setiap orang mukmin umpama satu anggota tubuh badan. Sekiranya satu merasai sakit maka anggota lain pun turut merasainya. Walaupun tidak sebesar mana pemberian yg diberikan tapi kami yakin bahawa bukan itulah yang akan dinilai oleh Allah swt kerana nilaian itu terletak sejauhmana kita ikhlas dalam memberi pertolongan.

Semoga usaha kami ini akan mendekatkan manusia kepada agama Allah. Betapa Islam mengajar umatnya supaya bertolong bantu antara satu sama lain. Akhirnya ya Allah kami mohon redhaMU agar hidup kami ini kami dapat manfaatkan untuk perjuangan Islam.

Kami redha ya Allah engkau gunakan jasad,tenaga,fikiran dan apa sahaja daripada tubuh kami ini untuk perjuangan Islam kerana kami yakin ini bukan milik kami tapi milikMU jua. Kami tiada hak ke atasnya melainkan hanya sebagai pemegang amanah yang diberikan.... Amin ya Allah...

Tinggalkan komen untuk entri ini

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO