Sunday, January 18, 2009

Demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin

Jumaat lepas (16hb Januari 2009), Unit Amal Tawau telah turun padang mengikut demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin di perkarangan Masjid Al Kauthar.



Sambutan yang diberikan amat menggalakkan... barisan pimpinan dan ahli pemuda, Muslimat dan Nisa juga turut hadir memeriahkan suasana....




Ahli Unit Amal Tekun Menyiapkan Banner


Pelbagai poster atau banner yang ditunjukkan seperti Zionis Murderer!! Hancur Yahudi!! Selamatkan Palestin!!! Ucapan ucapan pembakar daripada pimpinan PAS kawasan Tawau membakar semangat semua yang hadir disamping laungan Hancur Hancur!! Hancur Zionis!! Hidup Hidup!! Hidup Islam!! turut dilaungkan sepanjang demonstrasi diadakan diketuai oleh Saudara Daramansah Bin Lamasa , Naib Ketua Pemuda PAS Tawau.









Alhamdulillah semua telah berjalan dengan lancar... diharap semua yang mengikuti demonstrasi ini dapat terus komited dalam memboikot barangan Yahudi & Amerika disamping tidak putus putus mendoakan keselamatan saudara-saudara seIslam kita di Palestin.

Bacaan Doa dan Pembakaran Bendera Yahudi mengakhiri demonstrasi pada hari tersebut.










Hancur Hancur!! Hancur Yahudi!! Hidup Hidup!! Hidup Islam!!

Baca lanjut tentang “Demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin” »»

Wednesday, January 14, 2009

Sampai Jumpa Lagi...

Entri ini ditujukan khas buat semua teman teman yang telah kembali bekerja, belajar di tempat masing masing... Tak kiralah di semenanjung, Sabah & Sarawak walau kemana anda berada didoakan agar semua dapat memberikan yang terbaik walau apa saja yang kalian lakukan...





Jutaan terima kasih atas semua pengorbanan kalian sepanjang berada di bumi tercinta kita ini dan bersama menjayakan program program dalam usaha menyedarkan mereka yang terlupa akan pentingnya berjuang untuk agama Islam yang tercinta...






Pegang eratlah ikatan janji janji kita untuk berjuang demi Allah dalam usaha menyebarkan syiar Islam walau dimana kita semua berada...


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). - Al Jumu'ah Surah 62 Ayat 10





Akhir kalam... sampai jumpa lagi di masa akan datang... jangan lupa untuk mengirim khabar berita sepanjang berada di perantauan... segera lapor diri bila balik ke Tawau insyaAllah...






P/S : Masih ramai lagi gambar ahli Unit Amal Tawau yang berada di perantauan yang tidak dipaparkan di sini ... berikut cuma sebahagian kecil gambar mereka yang ada dalam simpanan penulis. Kepada yang tiada jangan berkecil hati. Harap Maklum.




Baca lanjut tentang “Sampai Jumpa Lagi...” »»

Saturday, January 10, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI

ASSALAMUALAIKUM WBT..

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH AHLI UNIT AMAL YANG TELAH MENJAYAKAN PELBAGAI PROGRAM SEPANJANG 2008. SEMOGA SEGALA TARBIAH YANG DIPEROLEHI DIJADIKAN SENJATA AMPUH AGAR TERUS KEKAL ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN ISLAM. TAHUN BARU UNTUK ISLAM.

YANG BENAR..

PENGERUSI UNIT AMAL KAWASAN TAWAU
SESI 2007-2009



Baca lanjut tentang “TERIMA KASIH DAUN KELADI” »»

Wednesday, January 7, 2009

Berlalunya Jambori Amal 2008



Pertama sekali penulis ingin meminta maaf akan kelewatan mengemaskini blog Unit Amal Tawau... Bebanan kerja dan masalah teknikal komputer menyebabkan kelewatan ini..

ALhamdulillah.. Jambori Amal 2008 telah berjaya dilaksanakan... Program ini diadakan dari 23hb - 27hb Disember 2008...

Pelbagai aktiviti yang dijalankan.. antaranya

seperti :

Mendirikan Khemah
Latihan Kawat Kaki
Night Tracking
Jungle Tracking
Asas Amal
Asas CPR
Asas Islam
Asas Ikatan
Ops Bakau
UBi Q (BBQ)

Berikut beberapa keping gambar sepanjang aktivti ini dijalankan.





















Akhir kalam... diharap adik adik semua yang mengikuti program ini memperoleh sesuatu yang berharga insyaAllah... Berjumpa di Jambori Amal 2009 akan datang.


Baca lanjut tentang “Berlalunya Jambori Amal 2008” »»

Followers

Unit Amal Tawau © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO